Pengertian Haji dan Umrah

APA ITU HAJI
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah untuk beribadat pada waktu-waktu tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Mengerjakan haji hukumnya wajib sekali dalam seumur hidup bagi yang mampu.
SYARAT WAJIB HAJI
Beragama Islam
baligh
Berakal
Merdeka, tidak wajib bagi seorang abdi
Berupaya / berkemampuan iaitu ada perbelanjaan yang cukup, kenderaan yang baik dan aman dalam perjalanan.

RUKUN HAJI :
Yaitu amalan yang wajib dikerjakan dan tidak sah haji sekiranya ditinggalkan :
Niat mengerjakan haji pada bulan haji, iaitu mulai 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah
Wukuf di Arafah
Tawaf mengelilingi kaabah tujuh kali selepas wukuf
Sai’ tujuh kali bergi balik di antara Safa dan Marwah
Bercukur atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya tiga helai
tertib iaitu mengikut susunan

WAJIB HAJI :
Yaitu perkara yang wajib dikerjakan, jika ditinggalkan sah hajinya tetapi wajib membayar dam (denda) yang telah diteiapkan oleh syarak
Berniat di Miqat (tempat yang telah ditentukan untuk berniat haji atau umrah)
Bermalam di Mudzalifah sesudah wukuf di Arfah
Bermalam di Mina ()11, 12, dan 13 Zulhijjah)
Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah
Meninggalkan segala perkara yang haram dilakukan sewaktu mengerjakan haji

SUNAT HAJI :
Mandi ketika hendak berniat haji
Memakai wangi-wangian sebelum berniat
Memakai kain ihram yang bewarna putih
Membaca talbiah
Berzikir dan berdoa di Masjidil Haram

CARA MENGERJAKAN HAJI :
Terdapat tiga cara untuk menuanaikan haji :
HAJI IFRAD – mengerjakan haji saja manakala umrah dilakukan pada lain masa Yaitu bukan dalam bulan haji (cara ini adalah afdal)
HAJI TAMATTUK – melakukan umrah dalam bulan haji, kemudiannya berniat mengerjakan haji (cara ini diwajibkan dam)
HAJI QIRAN – menegrjakan haji dan umrah serentak dengan berniat ihram kedua-duanya sekaligus (cara ini dikenakan dam)

MIQAT HAJI :
Mekah ; bagi penduduk Mekah
Zulhulaifah (Bi’r Ali) ; bagi penduduk yang datang dari sebelah Madinah
Yalamlam ; bagi yang datang dari Yaman atau dari jalan laut di selatan
Aljuhfah ; Bagi yang datang dari Syam, Mesir atau dari Eropah
Qarnul Manazil ; Bagi yang datang dari timur dengan kapal terbang
Zatu Irqin ; bagi yang datang dari Iraq

** Niat ihram umrah bagi penduduk Mekah adalah keluar ke tanah halal

PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA HAJI :
Memakai pakaian bersarung (lelaki) mekmakai sarung tangan (perempuan)
Menutup kepala (lelaki) menutup muka (perempuan)
Memakai wangi-wangian atau minyak rambut
Bercukur atau mencabut rambut sebelum sampai waktu bercukur
Memotong kuku
Melakukan akad nikah
Bersetubuh atau bergurau yang mendatangkan syahwat
Memotong atau mencabut tumbuhan liar di Tanah Haram

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: